Apakah Eco Enzim

ENZIM SISA BUANGAN

Formula memperbaiki iklim ada pada sisa buangan dapur anda

ENZIM SISA BUANGAN adalah jalan penyelesaian untuk membaik pulih lapisan ozon dan mengurangkan  kesan pemanasan global. Rasai kebaikan tak terhingga enzim penyelamat dunia ini, yang boleh dihasilkan di dapur anda. Ia amat bemanfaat untuk merawat dunia kita.

  • Jimat Wang: Menjadikan sisa buangan dapur sebagai pencuci domestik buatan sendiri.
  • Pelbagai Kegunaan: Pencuci domestik; penyegar udara; pewangi rumah; racun serangga; sabun basuh; penjagaan badan; penjagaan kereta; baja organik, dll.
  • Mengurangkan Pencemaran: Gas methana yang terhasil dari pereputan sisa pepejal boleh memerangkap haba 21 kali lebih berkesan dari Karbon Dioksida dan memburukan lagi kesan pemanasan global.
  • Menyucikan Udara: Menyingkir bau. Melarutkan udara toksik kesan dari asap rokok, eksos kereta, bahan kimia yang terhasil dari pencuci domestik, dll.
  • Menyucikan air bawah tanah: Enzim yang mengalir ke bawah tanah akan menyucikan sungai dan laut.
  • Racun Serangga semulajadi: Mengurangkan nyamuk, lalat, tikus, lipas, dll.
  • Anti bakteria dan virus: Antiseptik semulajadi untuk rumah.
  • Mencegah Paip Tersumbat: Membebaskan mendapan yang terperangkap di dalam paip sinki atau tandas.

 

ENZIM SISA BUANGAN

adalah larutan yang kompleks yang dihasilkan dari proses pemeraman sisa dapur segar (buah-buahan, sayuran), gula (gula perang, gula kasar atau molases) dan air. Warnanya perang gelap dan berbau masam manis seperti diperam. Enzim Sisa Buangan adalah cecair serbaguna untuk kegunaan domestik, pertanian, penternakan dan lain-lain lagi.

 

Enzim Sisa Buangan ini dicipta oleh Dr. Rosukon dari Thailand yang telah aktif di dalam kajian enzim selama 30 tahun. Beliau giat di dalam memperkenalkan Enzim Sisa Buangan ini dan menggalakan penghasilannya di rumah bagi menangani masalah pemanasan global.

 

PERUBAHAN IKLIM

Dari hari pertama anda menghasilkan Enzim Sisa Buangan, proses pemangkin ini akan membebaskan gas Ozon (O3).  Ozon  berupaya untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan logam-logam berat di dalam atmosfera yang  memerangkap haba di dalam awan. Justeru haba boleh dibebaskan dari bumi serta mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

 

Enzim Sisa Buangan akan merubah Amonia (NH4) kepada Nitrat (NO3), sejenis hormon semulajadi dan nutrien untuk tanaman. Dalam pada itu juga, ia merubah Karbon Dioksida kepada Karbonat (CO3) yang banyak faedahnya kepada tumbuhan dan hidupan laut.

Laman Utama : 

Laman Sebelumnya :  Apakah Eco Enzim?

Halaman seterusnya : Kegunaan Eco Enzim

Atas